cemburu

kau datang
kau hadir
duduk degil
kikis hingga pedih
niat sendiri
binasa diri
kau hasut
kau cucuk
bertopengkan kasih
berdalangkan sayang
hancur iman
nama mu bohong
nama mu benci
cemburu
perasan lahir dengan ikhlas
berubah teruk
yang dulu indah kini buruk
aku yang gagah
aku yang layak
bercinta mencinta dicintai
tapi kau datang
kau hadir
persis ribut taufan
kecoh semua
tusuk segala benteng janji
roboh
punah
merana
titipan yang kian datang
ditepis
biar beralih
ke arah kacir yang kau bina
sekali tersentuh
kesannya selama
kau mahu
kau buru
cemburu
kau masih utuh

Comments

Popular Posts