Ego mati

ego macam a go-go
tarian sama irama berbeza
satu pada jasad
yang satu pada minda
terpekik terlolong
meronta-ronta
tusuk iman
tusuk badan
benar semuanya-
siapa?
aku la
kenapa?
aku cakap begitu
bila?
sampainya aku di situ
macam mana?
aku tahula caranya
betul?
ntah tanya dia
Ego
satria ku dewa ku
penentu pemuja
bila tiada
aku jatuh aku rebah
buta bisu
lemah hilang
aku perlu, mahu
ego macam a go-go
berdansa lupa dunia
tak mahu sedih berduka
tak mahu patah berdarah
biar bodoh
biar biul
asal maruah kekal gagah
biar sunyi
hingga hilang erti
asal air muka tak bertitik
muka ini muka ego
aku punya modjo
pedulikan yang lain
biar sendiri berdiri
asal bergenggaman dengan ego
biar bodoh bergemelut sombong
otak kosong
sukma lohong
aku ego
aku yang termahsyur

Comments

Popular Posts