stranger in kayhell
semalaman aku berjalan
kaki tak mencecah bumi
terapung
melayang
dibawa angin keji
mencerobohi lorong haram
bermandikan sungai nafsu
berteduh dibawah rimbun dengki
bergelak senda bersama lembaga
hitam
kelam
basah
kotor
debu hantu
aku semadi sendiri
semalaman aku menari
tarian penuh dosa ini
bergeseran bahu
berhentap pinggul
antara jin dan syaitan
bertopengkan kawan
menyerupai teman
semalaman aku menyayi
dengan nada yang nyaring
peluh bersemadi dengan lumpur
yang ku hirup
ku telan
biar berlaga dengan nadi jiwa ku
semalaman aku berjalan
meninjau ceruk biruk
simpang belok
luar dalam
tepi pinggir
lubang setan
yang aku kenal aku tahu aku mahu
aku tenang
didalam dunia baru
yang telah ku jadikan takdir celakaku
kaki tak mencecah bumi
terapung
melayang
dibawa angin keji
mencerobohi lorong haram
bermandikan sungai nafsu
berteduh dibawah rimbun dengki
bergelak senda bersama lembaga
hitam
kelam
basah
kotor
debu hantu
aku semadi sendiri
semalaman aku menari
tarian penuh dosa ini
bergeseran bahu
berhentap pinggul
antara jin dan syaitan
bertopengkan kawan
menyerupai teman
semalaman aku menyayi
dengan nada yang nyaring
peluh bersemadi dengan lumpur
yang ku hirup
ku telan
biar berlaga dengan nadi jiwa ku
semalaman aku berjalan
meninjau ceruk biruk
simpang belok
luar dalam
tepi pinggir
lubang setan
yang aku kenal aku tahu aku mahu
aku tenang
didalam dunia baru
yang telah ku jadikan takdir celakaku
Comments
Post a Comment