*poof*

sudah masanya kau hilang
hancur di rembat keadaan
sudah masanya kau musnah
cair koyak rabak oleh waktu
yang berlalu
sudah masanya kau luput
ditelan janji baru
sudah masanya kau hilang
dicalar suara kian bingar
mati mati mati
dengan kata ini aku mahu kau pergi
mati mati mati
aku lali
pening
cuba untuk hidup kembali
sudah masanya kau hilang
nyah kau dari sini
melayang
terbang
semadi dengan debu
di pusara rohani ku

Comments

Popular Posts