He doesn't exist...does he?

Friends, you know who they are. But you wait n wait till sometimes you feel the waiting is so strong it creates a space for something else to exist. till you question yourself.. maybe hes just right in front of your eyes... this is for you far :)

siapa kamu?
duduk di celah bayang
macam hantu macam jembalang
selit antara fana dan nyata
mainan minda
alunan jiwa
indah paras rupa
hati mungkin tak seberapa
aku sahut aku seru
mahu saja kau muncul
biar semua tahu
nampak
rasa
sentuh
betul
wujudnya kamu
meski kata-kata berbeza
biar alaminya ia
hadir sebagai batasan
bagi yang lain konon kecewa
sudah kini berpunya
tinggi hasrat mereka
hampa aku tiada
namu aneh
siapa kamu?
terdesak tertanya
kenapa lama
apa gaya
aku ini menunggu
butakah kamu
bodohkah kamu
bosankakah kamu
atau sesat
hilang jalan hilang arah
sambil tuju kau terbabas terlanjur
dihenti oleh dia
yang baik yang suci
wajah bersih dari hasrat dengki
kau terpukau
tertarik hanyut dengan indah
dalam dunia yang tak disangka
imaginasi
kini realiti
jadi aku masih disini
dengan jujur menanti
kau datang kau hadir
hingga terjatuh bangun dari mimpi
kau sedar kau mampir
ke sudut benar
dunia mungkin kotor
hidup mungkin jahanam
tapi wujud dan kekal
sentuh
rasa
bau
aku
berdiri disini
kadang terusik ternampak
kelibat dicalang mereka
objek hasrat dan manusia
bayang
mungkin hantu mungkin jembalang
aku tunggu
namun aneh
siapa kamu?

Comments

Popular Posts